Nama sekolah ini asalnya diambil dari nama Madrasah Irshadiah iaitu sebuah sekolah agama di Padang Menora,Tasek Gelugor,Seberang Perai dibawah kelolaan Qadi Tuan Haji Majid Bin Haji Ahmad dan adiknya Tuan Haji Shafie serta dibantu oleh beberapa orang guru termasuklah bekas Qadi Besar Pulau Pinang,Allahyarham Tuan Haji Ahmad Maliki dan Tuan Haji Yusuf Helmi Bin Haji Shafie . Sekolah ini dibina pada tahun 1936,hasil kutipan derma .
Pada tahun 1958,Persatuan Guru-Guru Agama Seberang Perai (PGAS) telah mengambil alih pentadbiran sekolah ini . Dari saat itulah,sekolah ini dikenali sebagai Sekolah PGAS,yang terkenal bukan sahaja di Pulau Pinang,bahkan negeri-negeri berhampiran seperti Kedah dan Perak .
Nama Sekolah PGAS sekali lagi ditukar kepada SMKA Al-Irshad apabila Kementerian Pendidikan Malaysia mengambil alih pentadbiran sekolah ini pada 1977 .
SMKA Al-Irshad telah mendapat anugerah sebagai sekolah kluster pada tahun 2010 kerana telah melahirkan pelajar-pelajar yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik,tetapi juga kokurikulum.
Kini,SMKA Al-Irshad telah dianugerahkan 'SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI' pada tahun 2013 setelah berjaya melepasi aspek-aspek yang dinilai oleh Kementerian Pelajaran Malaysia .
*LOGO SEKOLAH SMKA AL-IRSHAD
No comments:
Post a Comment